Parlimen Ukraine mengenakan sekatan menyeluruh selama 50 tahun ke atas institusi kewangan Rusia termasuk bank pusat, semua bank perdagangan, dana pelaburan, syarikat insurans dan perusahaan lain.<br /><br />Sekatan itu adalah sebahagian daripada langkah Kyiv untuk mengekalkan tekanan kewangan ke atas Rusia susulan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari tahun lalu.
